Berlayar tiga bulan demi jumpa ibu bapa

Juan Manuel Ballestero berlabuh di Mar del Plata, Argentina selepas hampir tiga bulan bagi menemui kedua ibu bapanya.
Juan Manuel Ballestero berlabuh di Mar del Plata, Argentina selepas hampir tiga bulan bagi menemui kedua ibu bapanya.
A
A
A

BUENOS AIRES - Seorang lelaki sanggup berlayar selama 85 hari dari Portugal untuk menemui kedua ibu bapanya yang menetap di Argentina.

Juan Manuel Ballestero, 47, mengambil keputusan untuk berlayar ke kampung halamannya di Mar del Plata selepas penerbangannya dibatalkan berikutan krisis wabak koronavirus (Covid-19).

Ballestero berkata, dia berasa lega berjaya tiba ke destinasi dengan selamat selepas hampir 3 bulan berlayar seorang diri.

"Saya merancang mahu tiba di Argentina pada 15 Mei bagi menyambut ulang tahun kelahiran bapa, tetapi sebaliknya saya sampai di sini pada hari bapa," katanya.

Selepas menjalani ujian jangkitan Covid-19 dan disahkan negatif, Ballestero dibenarkan bertemu dengan keluarganya.

Katanya, dia turut singgah di beberapa lokasi sepanjang perjalanan sejauh 12,000 kilometer itu antaranya di Vitoria, Brazil dan La Paloma, Uruguay. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!