APMM cadang hukuman sebat terhadap nelayan asing

Zubil ketika sidang media di APMM Putrajaya.
Zubil ketika sidang media di APMM Putrajaya.
A
A
A

PUTRAJAYA - Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) mencadangkan pelaksanaan sebat dikenakan terhadap nelayan asing ekoran tindakan mengusir mereka ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak memberi kesan.

Ketua Pengarah Maritim, Laksamana Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, perkara itu sudah dibincangkan bersama jawatankuasa induk dan Jabatan Perikanan untuk tindakan susulan.

Beliau berkata, sebelum PKP dilaksanakan nelayan asing dikenakan tindakan penjara tetapi ketika pandemik Covid-19 mereka diusir.

"Sepanjang tempoh PKP kita memberi amaran keras terhadap bot nelayan asing namun aktiviti pencerobohan semakin meningkat," katanya kepada pemberita pada sidang media khas di Pejabat APMM Putrajaya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, bermula 19 Mac lalu hingga 22 Jun sebanyak 88 kes pencerobohan dicatatkan membabitkan 55 di perairan Pantai Timur, 17 di perairan Sarawak dan 16 kes di perairan timur Johor.

Menurut beliau, pada 10 Jun selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan dan setelah penurunan berlaku terhadap kes covid pihaknya mula kembali kepada pendekatan asal iaitu penahanan.

"Nelayan asing yang ditahan akan dikumpulkan di satu kawasan iaitu berhampiran pulau Bidong," katanya.

Sementara itu menurutnya, APMM juga mengesan bot nelayan asing yang menggunakan nombor pendaftaran bot nelayan tempatan atau bot klon bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, pihaknya akan menerima tiga lagi kapal pesisir pantai bernilai RM1.05 bilion yang berfungsi sebagai kapal induk.

Kapal ini yang dibekalkan dengan bot pemintas untuk memantau kawasan perairan dalam usaha menangkap nelayan asing yang menceroboh.

"Bot ini akan kekal di laut bagi membuat pemantauan dalam usaha mengekang bot nelayan asing dari terus bolos ke perairan negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!