Kematian Covid-19 lepasi 100,000 orang di Amerika Latin, Caribbean

Pandemik itu meningkat di seluruh dunia dengan Brazil, Mexico, Peru dan Chile adalah antara negara yang teruk terjejas.
Pandemik itu meningkat di seluruh dunia dengan Brazil, Mexico, Peru dan Chile adalah antara negara yang teruk terjejas.
A
A
A

BUENOS AIRES - Angka kematian akibat pandemik koronavirus (Covid-19) di Latin Amerika dan Caribbean pada Selasa lalu melepasi 100,000 orang dengan separuh daripadanya berlaku di Brazil, menurut pengiraan AFP berdasarkan perangkaan rasmi yang dikeluarkan hari ini.

Pandemik itu meningkat di seluruh dunia dengan Brazil, Mexico, Peru dan Chile adalah antara negara yang teruk terjejas.

Ia mula dikesan di Wuhan, China lewat tahun lalu sebelum merebak ke seluruh dunia.

Sejak itu, banyak negara melaksanakan perintah berkurung dan sekatan perjalanan bagi menangani pandemik tersebut yang dipercayai berasal dari kelawar.

Ketika ini, vaksin Covid-19 masih belum ditemui walaupun pelbagai usaha dilakukan.

Pakar penyakit-berjangkit Amerika Syarikat (AS), Anthony Fauci percaya virus itu menjangkiti manusia selepas terdedah dengan virus tersebut di sebuah pasar basah di wilayah Wuhan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!