Arab Saudi timbang ibadah haji diteruskan

Beberapa orang membersihkan Kaabah di Makkah, Arab Saudi pada April 2020. - Foto AFP
Beberapa orang membersihkan Kaabah di Makkah, Arab Saudi pada April 2020. - Foto AFP
A
A
A

SHAH ALAM - Arab Saudi sedang mempertimbangkan untuk membenarkan ibadah haji tahun ini diteruskan namun terhad kepada rakyat Arab Saudi serta umat Islam dari negara lain yang sudah berada di negara itu.

Perkara tersebut dimaklumkan dalam satu kenyataan bersama oleh Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini.

"Ia bukan sahaja menggambarkan kecaknaan Khadimul Haramain al-Sharifain Raja Salman Abdulaziz dan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi terhadap umat Islam di seluruh dunia tetapi bagi memastikan ibadah ini dapat dilaksanakan dengan selamat berdasarkan perspektif kesihatan umum.

"Malah ia juga bertepatan dengan konsep maqasid syanah iaitu hitz a-nats (pemeliharaan nyawa)," kata kenyataan itu.

Kenyataan media bersama oleh Hishammuddin dan Zulkifli.
Kenyataan media bersama oleh Hishammuddin dan Zulkifli.

Terdahulu, mereka menerima panggilan daripada Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan AI Saud; Menteri Hal Ehwal lslam, Dakwah dan Panduan

Arab Saudi, Shaikh Abdullatif Abdulaziz Aal Al Shaikh dan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Shaikh Dr Muhammad Saleh Taher Benten.

Kata kenyataan itu lagi, Menteri Luar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berjanji akan sentiasa berkomunikasi dengan kerajaan Arab Saudi khususnya dengan rakan sejawat masing-masing.

Artikel Berkaitan:

Menurut mereka, ia bagi memastikan rakyat Malaysia yang berada di Arab Saudi diberi keutamaan sekiranya kerajaan Arab Saudi memutuskan untuk membenarkan ibadah haji secara terhad ini.

Dalam pada itu, Hishammuddin dan Zulkifli juga ingin mengajak seluruh umat Islam di Malaysia mendoakan semoga wabak koronavirus (Covid-19) segera beransur hilang di Arab Saudi, Malaysia dan seluruh dunia.

"Marilah juga kita doakan semoga ibadah haji pada tahun hadapan dapat dijalankan sebagaimana sebelum ini," kata mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!