Lagi calon Demokrat umum bertanding pilihan raya presiden AS

Kamala Harris. - Foto USATODAY
Kamala Harris. - Foto USATODAY
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Senator Parti Demokrat, Kamala Harris mengumumkan akan bertanding dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) tahun depan, sekali gus menjadikannya calon kelapan yang menyatakan hasrat menyertai 'perebutan' jawatan tertinggi tersebut.

Senator California berkenaan yang dilantik pada tahun 2016, sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Peguam Negeri terbabit dari tahun 2011 hingga 2017.

"Masa depan negara bergantung kepada anda dan jutaan yang lain yang memperjuangkan nilai sebenar Amerika.

"Atas alasan itulah, saya mengambil keputusan untuk bertanding jawatan Presiden AS," tulis Harris di laman Twitter.

Harris, 54, yang juga pengkritik lantang Presiden Donald Trump, disifatkan sebagai antara nama yang semakin meningkat dalam Parti Demokrat.

Terdahulu, Elizabeth Warren, Kirsten Gillibrand, Tulsi Gabbard, John Delaney dan Julian Castro turut mengumumkan akan bertanding dalam pilihan raya presiden AS.

Ia juga merupakan kali pertama lebih dari seorang calon wanita akan bertanding merebut tempat dalam penamaan calon parti Demokrat. - BBC

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!