Kerajaan perlu tingkatkan penguatkuasaan di sempadan

Khazuni Othman
Khazuni Othman
A
A
A

KOTA BHARU - Persatuan Pengguna Kelantan Darulnaim (PPKD) mahu kerajaan mempertingkatkan kawalan di sempadan bagi memastikan aktiviti penyeludupan binatang dapat dibendung.

Naib Presidennya, Datin Khazuni Othman berkata, kerajaan perlu melakukan pemantauan menyeluruh melibatkan kawasan-kawasan sempadan yang menjadi lokasi panas aktiviti tersebut.

Beliau turut khuatir sekiranya kegiatan terbabit terutama melibatkan haiwan ternakan seperti lembu dan kambing dibawa masuk dari negara jiran dengan cara tidak sepatutnya lebih-lebih lagi menjelang musim Hari Raya Aidiladha.

"Pihak kami harap kerajaan akan melakukan pemeriksaan dan pemantauan yang lebih di kawasan-kawasan tersebut terutamanya di waktu malam," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, pihaknya turut menerima aduan orang ramai mengenai perkara tersebut dan berharap ia dapat diatasi segera.

"Mungkin kalau satu agensi sahaja tidak cukup untuk buat pemeriksaan dan pemantauan, jadi lebih baik jika bergabung dan bekerjasama.

"Langkah ini penting untuk memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Jika tidak, mustahil aktiviti ini dapat dibendung," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!