UMNO Selangor turun Pahang bantu kempen jentera BN

Noh memuat naik status di Facebook beliau hari ini.
Noh memuat naik status di Facebook beliau hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO Selangor akan turun berkempen bagi membantu jentera Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, UMNO Selangor dijadualkan berada di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Chini Timur 1 pada program bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini dan petang esok di PDM Paloh Hinai.

"Rakan UMNO Selangor yang ada kelapangan jom turun ke (DUN) Chini untuk sama-sama membantu calon BN," katanya menerusi status dimuat naik di Facebook beliau hari ini.

PRK DUN Chini membabitkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Mohd Sharim Md Zain menentang dua calon bebas iaitu, Mohd Shukri Mohd Ramli, dan Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64.

Pengundian PRK DUN Chini berlangsung pada 4 Julai ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!