Nasihat Pengerusi SPR kepada pengundi awal

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun bercakap kepada pemberita ketika melawat pusat mengundi awal bagi PRK Cameron Highlands, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABD RAHIM
Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun bercakap kepada pemberita ketika melawat pusat mengundi awal bagi PRK Cameron Highlands, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABD RAHIM
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menasihatkan 247 pengundi awal pada PRK Cameron Highlands hari ini untuk keluar mengundi lebih awal.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, ia bagi membolehkan proses pengundian berjalan lebih lancar.

"Saya menyeru pengundi dapat keluar undi awal. Saya harap parti-parti juga seru ahli-ahli mereka keluar undi awal supaya proses lancar," katanya kepada media selepas meninjau proses pengundian awal di Bilik Maklumat Balai Polis Brinchang, di sini, hari ini.

Katanya, peratusan keluar mengundi setakat jam 9 pagi tadi adalah kira-kira 20 peratus.

"Pihak polis juga berjaya kawal keadaan dengan baik, terima kasih kepada mereka," katanya.

Katanya, dua pusat mengundi disediakan iaitu di Bilik Maklumat Balai Polis Brinchang bagi Dun Tanah Rata yang akan dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang.

Sementara itu, pusat mengundi awal bagi Dun Jelai di Bilik Maklumat Balai Polis Sungai Koyan akan dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 2 petang.

Azhar berkata, kertas-kertas undi awal tidak akan dikira di tempat mengundi pada hari ini, sebaliknya peti-peti undi awal akan disimpan di lokap-lokap balai polis untuk tujuan keselamatan.

Artikel Berkaitan:

Pada 26 Januari nanti, peti-peti undi awal akan dibawa ke pusat pengiraan undi berkelompok di Dewan Gemilang Sekolah Sultan Ahmad Shah di sini untuk pengiraan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!