Dua anak yatim digelar 'Google al-Quran'

Ahmad dan Kamil diberikan gelar ‘Google al-Quran’ mampu menghafal terjemahan al-Quran dalam bahasa Inggeris dan Mandarin. - Foto Tribun News
Ahmad dan Kamil diberikan gelar ‘Google al-Quran’ mampu menghafal terjemahan al-Quran dalam bahasa Inggeris dan Mandarin. - Foto Tribun News
A
A
A

YOGYAKARTA - Dua anak yatim dikurniakan kehebatan luar biasa mampu menghafal al-Quran, terjemahan, halaman hingga diberi gelaran 'Google al-Quran'.

Lapor Tribun News, Muhammad Ghozali Akbar, 12, dan Kamil Ramadhan, 13, merupakan tahfiz termuda di Indonesia.

Mereka menuntut ilmu dari Sekolah Berasrama Islam Muttaqin di Yogyakarta.

Muhammad atau lebih mesra dipanggil, Ahmad dan Kamil yang dapat menghafal setiap halaman dan urutan dalam al-Quran dengan baik telah memenangi banyak pertandingan menghafal Al-Quran, baik di peringkat nasional dan antarabangsa sejak berusia 11 tahun.

Ahmad dan Kamil telah menghafal 30 juzuk dalam al-Quran serta terjemahannya.

Menariknya, mereka juga telah menghafal terjemahan al-Quran dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.

Bercerita tentang pencapaian mereka, anak muda ini pernah sertai Pertandingan Menghafal Al-Quran Antarabangsa Moscow (MTQ) ke-19.

Dalam acara MTQ Antarabangsa, mereka menunjukkan kehebatan dalam kategori hafiz atau hafalan.

Artikel Berkaitan:

Ketika Muhammad dan Kamil Ramadhan muncul, ramai pengunjung menangis tatkala mendengar alunan merdu suara mereka.

Lebih menarik, bukan hanya pandai menghafal Al-Quran, mereka juga menghafal nombor ayat, nombor halaman al-Quran dan juga susunan baris yang dibaca.

Ahmad pernah memenangi tempat pertama dan Kamil memenangi tempat ketiga pada pertandingan Hafiz Indonesia 2017.

Pada pertandingan Hafiz Antarabangsa 2018 di Jeddah, Ahmad memenangi tempat ketiga dan Kamil menduduki tempat keenam.

Sebelum ini, kisah anak muda ini tersebar dan menarik perhatian dunia kerana memiliki bakat semula jadi menghafal al-Quran sekali dengan terjemahan.

Menerusi perkongsian rakaman video berdurasi hampir dua minit dimuat naik di Twitter @Istifhan, video berkenaan terus tular di media sosial sehingga kini.

"Mereka diminta menghafal ayat al-Quran dengan hanya diberikan nombor ayat, halaman dan surah, ternyata mereka mampu melakukannya," ciap @ Istifhan.

Video tersebut ditonton lebih 741,400 tontonan dan mendapat lebih 37,700 tanda suka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!