Jabatan Perdana Menteri nafi wujudkan akaun Telegram
PUTRAJAYA - Jabatan Perdana Menteri menafikan pihaknya mewujudkan akaun Telegram menggunakan pautan https://t.me/jpmgov atas nama Jab. Perdana Menteri.
Jabatan Perdana Menteri berkata, akaun Telegram itu adalah palsu.
"Orang ramai diminta untuk tidak menyertai pautan tersebut bagi mengelakkan penerimaan maklumat dan berita palsu.
"Jabatan Perdana Menteri hanya mempunyai akaun media sosial rasmi Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, akaun Facebook pihaknya menggunakan nama @Jab.PerdanaMenteri manakala menerusi Twitter pula pautannya adalah twitter.com/jpmgov_.
Akaun Instagram pula menggunakan pautan www.instagram.com/jabatanperdanamenteri/ sementara menerusi YouTube, www.youtube.com/jabatanperdanamenteri.
Katanya, orang rami yang mahu mendapatkan sebarang penjelasan lanjut, boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perdana Menteri melalui talian 03-88723435.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!