Idea sertai DAP lucu, buat Tun M ketawa

Dr Mahathir Mohamad
Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak akan menyertai parti DAP sekiranya gagal merampas semula Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurutnya, tidak kira apa yang berlaku beliau akan terus mewakili orang Melayu kerana itu adalah perkara yang dilakukannya sejak dahulu lagi.

"Saya sentiasa mewakili orang Melayu dan saya fikir, tidak kira macam mana sekalipun, saya akan teruskan perjuangan itu, walaupun masuk parti lain, jadi wakil bebas atau bentuk parti lain.

“Ini adalah pilihan yang saya rasa, saya belum perlu putuskan buat masa ini,” katanya ketika ditemubual oleh Asia Times berkenaan hal itu.

Dr Mahathir dilaporkan berkata, jika beliau menyertai DAP yang didominasi orang Cina rakyat pasti tidak akan menerima.

"Jadi saya tak fikir saya akan masuk DAP (ketawa). Kamu tahulah, mereka jadikan DAP sebagai kambing hitam, malah turut menyalahkan DAP mengawal kerajaan demi memenangi hati pengundi Melayu," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Najib saran jadikan Tun M Presiden DAP

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga dilaporkan pernah memberi saranan nakal kepada DAP untuk menjadikan Dr Mahathir sebagai Presiden DAP susulan keputusan parti itu yang mahukan Dr Mahathir menjadi calon Perdana Menteri kesembilan.

Malah keputusan DAP itu bercanggah dengan keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kekal mencalonkan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi jawatan nombor satu negara itu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, menerusi temubual sama ketika diajukan Asia Times berhubung populariti Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di kalangan orang Melayu, Dr Mahathir memberitahu, pada awalnya beliau agak popular kerana janji akan membentuk kerajaan Melayu Islam.

"Orang Melayu memang suka, tapi kemudian dia (Muhyiddin) kata DAP akan musnahkan Melayu dan kena jatuhkan DAP.

"Ramai orang Melayu percaya kata-katanya, tapi sekarang rakyat dapat melihat sikap sebenar Muhyiddin yang lebih teruk daripada sewaktu pentadbiran Najib yang cenderung melakukan perkara mengikut kehendaknya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!