Op Mabuk: 10 ditahan, 81 saman dikeluarkan
JOHOR BAHRU- Seramai 10 individu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk yang dilaksanakan di seluruh negeri awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan M Kumarasan berkata, kesemua yang ditahan berusia berusia 25 hingga 60 tahun.
Katanya, dalam operasi enam jam yang bermula jam 9 malam itu sebanyak 81 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya melibatkan pelbagai kesalahan termasuk ubah suai kenderaan dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya.
" JSPT Johor giat melancarkan Op Mabuk di seluruh negeri bagi mengesan dan membanteras pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!