Lelaki didakwa tipu jual kereta recon

Tertuduh (tengah) semasa di bawa ke Mahkamah Seremban hari ini.
Tertuduh (tengah) semasa di bawa ke Mahkamah Seremban hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seremban di sini hari ini atas pertuduhan menipu dalam urusan jual beli kereta import terpakai (recond) lapan tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Aizil Hayat Yaakub, 34, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Madihah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh membayarnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada 2 Ogos hingga 1 Oktober 2012 lalu, telah berurusan dengan seorang lelaki untuk pembelian empat jenis kereta recond pada harga yang murah sehingga mendorong pelanggannya tersebut memasukkan wang sejumlah RM25,000 ke akaunnya.

Setelah pembayaran di lakukan, tertuduh kemudiannya gagal dihubungi dan mangsa membuat laporan polis.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur'atiqah Sapari manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 27 Julai untuk sebutan semula.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!