Pengundi diingat bawa kad pengundi

Azhar Azizan Harun
Azhar Azizan Harun
A
A
A

PEKAN - Pengundi pada PRK DUN Chini yang menerima kad pengundi atau sudah mengetahui maklumat pengundian boleh terus ke saluran mengundi masing-masing pada 4 Julai ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun berkata, mereka tidak lagi perlu membuat semakan di barung semakan SPR.

Menurutnya, SPR juga meletakkan maklumat masa keluar mengundi yang digalakkan pada kad pengundi bagi setiap pengundi.

"SPR berharap pengundi keluar mengundi mengikut masa yang disarankan bagi mengelakkan mereka berkumpul dalam jumlah yang ramai selain memastikan patuh penjarakan sosial.

"Pengundi yang tidak menerima kad pengundi boleh membuat semakan maklumat pengundian lebih awal sebelum hari pengundian," katanya melalui satu kenyataan di sini semalam.

Katanya, semakan boleh dibuat melalui saluran portal semakan pemilih, https://pengundi.spr.gov.my; atau hotline SPR di talian 03-88927018 atau melalui aplikasi MySPR Semak.

"Semakan juga boleh dibuat melalui SMS ke 15888 dengan menaip SPRSEMAKNo Mykad.

"Pengundi juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan, kad pengundi atau catatan maklumat pengundian dan menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran," katanya.

Artikel Berkaitan:

Azhar berkata, bagi pengundi yang baru membuat semakan, mereka disarankan mencatat dan menyimpan maklumat pusat mengundi, saluran mengundi, nombor bilangan pemilih dan kad pengundi bagi memudahkan KP1 membuat semakan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!