Usul pilih Speaker: Kor Ming hanya komen bila perlu

Keratan Sinar Harian semalam.
Keratan Sinar Harian semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming enggan memberi sebarang ulasan berhubung desas-desus mengatakan terdapat usul akan dikemukakan bagi memecatnya daripada jawatan terbabit pada sidang Parlimen yang akan berlangsung Julai ini.

Kor Ming ketika dihubungi Sinar Harian semalam memberitahu, beliau hanya akan memberi ulasan apabila perkara itu berlaku.

"Setakat ini, saya tiada komen. Sudah ada nanti, baru komen," katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, persidangan Dewan Rakyat pada Julai ini akan menjadi penentu bila Parlimen patut dibubar.

Noh menerusi Wawancara Khas bersama Sinar Harian kelmarin mendedahkan, ujian pertama yang dilihat adalah menerusi pemilihan Speaker baharu Dewan Rakyat sama ada ia akan dikekalkan atau tidak.

"Saya nampak usul untuk memilih Speaker itu tidak boleh dielak kerana salah seorang Timbalan Speaker masih daripada parti DAP (Nga Kor Ming).

"Bila usul untuk pilih Speaker itu nanti timbul, saya rasa pembangkang juga akan ada calon daripada mereka dan hal ini pernah berlaku pada 2008," katanya.

Noh memberitahu, mahu tidak mahu tetap akan ada pengundian untuk memilih Timbalan Speaker dan di situ akan diketahui sama ada calon daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan menang ataupun calon pembangkang Pakatan Harapan (PH) terpilih.

Artikel Berkaitan:

Tegasnya, kalau calon kerajaan menang, bermakna kerajaan mendapat sokongan majoriti daripada 222 anggota Dewan Rakyat tetapi jika sebaliknya berlaku (calon pembangkang PH menang), ini bermakna Parlimen perlu dibubar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!