Pengundi Chini jangan salah pilih calon, pesan Najib

Mohd Sharim (kanan) bersama Najib (dua dari kiri) merasmikan Program Perasmian Jentera Gagasan Generasi Baru Muafakat Nasional DUN Chini di Dewan Dara Chini hari ini.
Mohd Sharim (kanan) bersama Najib (dua dari kiri) merasmikan Program Perasmian Jentera Gagasan Generasi Baru Muafakat Nasional DUN Chini di Dewan Dara Chini hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini diingatkan supaya tidak memilih pemimpin yang suka merapu, meroyan dan merepek.

Pengarah Operasi Barisan Nasional (BN) bagi PRK DUN Chini, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengundi perlu memilih pemimpin yang memahami permasalahan masyarakat di kawasan itu terutama generasi kedua Felda.

Menurutnya, calon BN, Mohd Sharim Md Zain adalah pilihan terbaik kerana pemimpin yang mewakili kerajaan pemerintah boleh melaksanakan hasrat rakyat.

"Kita kena pilih calon yang ada visi dan wawasan. Saya yakin wawasan itu mesti kita teruskan sehingga mencapai matlamat. Kalau pilih calon Bebas mereka tiada visi dan wawasan. Kalau tidak percaya boleh tanya mereka.

"Saya rasa pengundi sudah cerdik...saya yakin mereka tidak akan pilih pemimpin yang tiada visi dan wawasan serta tidak pilih pemimpin yang merapu, merepek dan meroyan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Perasmian Jentera Gagasan Generasi Baru Muafakat Nasional DUN Chini di Dewan Dara Chini hari ini.

Hadir sama, Ketua Penerangan UMNO Pekan, Datuk Mohd Fakharuddin Mohd Ariff, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmod dan Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan Pekan, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim

Najib berkata, pengundi di DUN Chini perlu memberikan kemenangan kepada Mohd Sharim dalam PRK ini merana ia akan menjadi kemenangan kepada generasi baharu Felda.

Artikel Berkaitan:

"Jika Mohd Sharim menang, bukan saja BN menang, bukan saja Muafakat Nasional menang, bukan saja kerajaan Perikatan Nasional menang tetapi juga generasi baharu Felda yang menang.

"Aspirasi generasi baharu mesti berhubung kait dengan kuasa politik, jangan fikir apa-apa perkara yang dihasratkan akan terjadi dengan sendirinya, ia bermula dengan kuasa politik," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!