PRU15 dijangka tahun hadapan, kata Shahidan

Shahidan bersama jentera UMNO Perlis turun membantu kempen calon BN pada PRK DUN Chini.
Shahidan bersama jentera UMNO Perlis turun membantu kempen calon BN pada PRK DUN Chini.
A
A
A

PEKAN - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangka diadakan awal tahun hadapan selepas daftar pemilih selesai dijalankan.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, PRU15 patut diadakan selepas selesai daftar pemilih bagi memastikan kemenangan parti.

Menurutnya, beliau setuju PRU15 dibuat pada bila-bila masa selepas daftar pemilih selesai untuk bulan Jun atau tahun depan bagi daftar pemilih pada September.

"Kita tidak mahu hanya bersemangat desak PRU segera tapi nantinya terkejut bila tengok ada ahli yang tidak boleh mengundi. Ini akan merugikan parti.

"Pilihan raya awal bukan sesuatu perkara yang seronok untuk dikejar jika daftar pemilih tidak diselesaikan terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Bandar DARA, Chini di sini hari ini.

Shahidan bersama 30 jentera UMNO Perlis turun padang bagi membantu calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Menurutnya, lebih baik pastikan dahulu daftar pemilih diselesaikan agar pemilih cukup untuk menghadapi PRU.

Artikel Berkaitan:

“Kalau adakan pilihan raya dalam masa terdekat tetapi daftar pemilih tidak siap jadi masalah. Kita tidak boleh bergantung kepada daftar pemilih dahulu untuk menang.

“Kita ajak supaya buat pilihan raya cepat tapi tidak peduli daftar pemilih, siapa nak undi kita?, soalnya.

Beliau berkata, pilihan raya cepat tidak mendatangkan keuntungan kepada parti sekiranya daftar pemilih tidak diperiksa terlebih dahulu.

"Kena selesai dan semak dahulu kerana tiada guna pilihan raya cepat kalau tidak menang," katanya.

Menurutnya, selama ini Perlis membuat pendekatan mementingkan daftar pemilih yang disifatkan mungkin berbeza dengan negeri lain.

“Di Perlis, pendekatan kita lain. Kita perhatikan daftar pemilih sebab itu kita tidak pernah kalah sejak merdeka sampai sekarang” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!