Hanya sedapkan telinga kumpulan Anwar, kata Hamzah

Hamzah pada sidang media di Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3 di sini hari ini.
Hamzah pada sidang media di Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3 di sini hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Pendedahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencadangkan nama Presiden Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Timbalan Perdana Menteri disifatkan sebagai tidak ikhlas.

Setiausaha Agong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir dilihat sebagai mengelirukan dan tidak menggambarkan tindakan sebenar beliau.

Sebaliknya, katanya, tawaran itu hanya untuk menawan hati penyokong Anwar.

"Kalau dulu, Tun M jadi Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) tidak pernah umum Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.

"Nampak sangat cadangan itu hanya untuk sedapkan telinga dan menarik minat kumpulan Anwar semata-mata," katanya pemberita selepas merasmikan Majlis Menteri Dalam Negeri bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3 di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN - Anwar, Mukhriz TPM sekiranya Shafie calon PM: Tun M

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!