Hasrat PATI jumpa kekasih gagal

Kereta yang digunakan untuk menyeludup PATI.
Kereta yang digunakan untuk menyeludup PATI.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Hasrat dua pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Laos untuk bertemu cinta hatinya tidak kesampaian apabila dicekup anggota Pasukan Gerakan AM (PGA) Batalion 7 Kuantan dalam serbuan di pangkalan haram kotak di sini malam tadi.

Serbuan jam 10.45 malam itu, anggota PGA Batalion 7 turut menahan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai bertindak sebagai 'tekong darat' membawa kedua-dua PATI itu.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintenden Azhari Nusi berkata, siasatan awal mendapati dua wanita itu ingin menuju ke Kota Bharu untuk berjumpa dengan teman lelaki mereka.

"Anggota PGA meminta kedua-dua wanita tersebut mengemukakan dokumen perjalanan dan hasil semakan yang dilakukan mendapati ia berada dalam keadaan meragukan," katanya.

Dua PATI warga Laos ditahan anggota PGA di pangkalan haram kotak.
Dua PATI warga Laos ditahan anggota PGA di pangkalan haram kotak.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek itu dicekup dan dibawa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Katanya, kejayaan itu hasil rondaan rutin yang dilakukan oleh anggotanya di sekitar kawasan pangkalan haram MCA.

Azhari berkata, ketika sedang melakukan rondaan anggotanya telah telah ternampak kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Corolla Altis berada dalam keadaan mencurigakan di pangkalan haram kotak.

Artikel Berkaitan:

"Selepas memperkenalkan diri sebagai anggota PGA Batalion 7, anggota saya kemudian telah melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan itu.

"Pemeriksaan lanjut di bahagian belakang kenderaan itu membawa kepada penemuan dua wanita Loas yang sedang bersembunyi," katanya.

Azhari berkata, berpandukan kepada maklumat yang diperoleh lelaki yang membawa dua wanita itu terlibat dengan aktiviti penyeludupan PATI.

Katanya, suspek turut menggunakan kereta atau kenderaan yang berbeza untuk menjalankan aktiviti haram itu bagi mengelakkan ia dari dicekup polis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!