Polis buru El bantu kes bunuh Datuk Seri

Sheikh Ismail Sheikh Hassan yang dikenali sebagai El diburu bagi membantu siasatan kes culik dan bunuh Datuk Seri.
Sheikh Ismail Sheikh Hassan yang dikenali sebagai El diburu bagi membantu siasatan kes culik dan bunuh Datuk Seri.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis memburu seorang lelaki dikenali EL berusia 26 tahun bagi membantu siasatan kes penculikan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang ditemui mati di Batu 27 Jalan Rawang, Bestari Jaya, Rawang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, lelaki terbabit, Sheikh Ismail Sheikh Hassan beralamat terakhir di Apartmen Teratai, Bukit Beruntung MK Land, Rawang.

"Sehubungan itu, pihak polis meminta bantuan orang ramai untuk memberikan maklumat mengenai lelaki berkenaan untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh suspek ditahan kes culik, bunuh Datuk Seri<

Semalam polis mengesahkan telah memberkas tujuh lelaki termasuk seorang warga Bangladesh dalam serbuan berasingan sejak kelmarin.

"Kesemua suspek termasuk seorang lelaki bergelar Datuk berusia lingkungan 20 hingga 56 tahun telah direman untuk siasatan lanjut," katanya.

Terdahulu mayat mangsa ditemui kira-kira jam 9 pagi hasil siasatan ke atas salah seorang suspek

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Seri diculik ditemukan mati dalam belukar

Mangsa yang berusia 55 tahun diculik ketika sedang berjoging di sebuah taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada 10 Jun lalu kira-kira jam 10.30 pagi.

Artikel Berkaitan:

Kehilangan pemaju hartanah itu diketahui keluarganya pada waktu tengah hari tarikh yang sama selepas menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali meminta wang tebusan sebanyak S$50 juta (RM154 juta).

Keluarga mangsa kemudian melaporkan kejadian itu pada pihak polis sebaik mengetahui mangsa diculik.

Soal siasat ke atas suspek mendakwa mangsa meninggal dunia selepas tiga atau empat hari diculik sebelum mayatnya dicampak di kawasan belukar di tepi laluan berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!