Lelaki maut ditembak ketika protes
WASHINGTON - Seorang lelaki terbunuh dalam insiden tembakan ketika tunjuk perasaan Black Lives Matter (BLM) di Kentucky, Amerika Syarikat (AS) semalam, kata polis.
Kejadian itu berlaku di Jefferson Square Park, Louisville di mana penunjuk perasaan telah berkumpul selama berminggu-minggu bagi menuntut keadilan terhadap pembunuhan seorang wanita kulit hitam, Breonna Taylor.
Polis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9 malam (waktu tempatan), bagaimanapun mangsa telah meninggal dunia sebaik sahaja pasukan keselamatan tiba di lokasi kejadian.
Protes BLM meningkat secara mendadak selepas kematian George Floyd pada 25 Mei lalu ketika ditahan polis di Minneapolis. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!