Patenkan nama ‘harumanis’ versi negeri lain

Merak Jalanan setuju langkah Perlis mempertahankan ikon buah mempelam harumanis sebagai hak milik eksklusif kerajaan negeri itu. -Foto Bernama
Merak Jalanan setuju langkah Perlis mempertahankan ikon buah mempelam harumanis sebagai hak milik eksklusif kerajaan negeri itu. -Foto Bernama
A
A
A

MERAK Jalanan setuju langkah Perlis mempertahankan ikon buah mempelam harumanis sebagai hak milik eksklusif kerajaan negeri itu.

Nama tersebut secara rasminya telah disahkan hak milik eksklusif kerajaan negeri Perlis selepas Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) meluluskan pendaftaran jenama itu pada 2011 sehingga 2021.

Menurut Pengerusi Persatuan Pengusaha Harumanis Perlis, Datuk Hashim Suboh, tiada mana-mana pihak yang diizinkan mengguna pakai jenama tersebut untuk produk mereka, biarpun mempelam itu berbuah di tempat lain.

Katanya, larangan penggunaan jenama harumanis itu adalah bagi mengelak kekeliruan pengguna terhadap harumanis Perlis dengan produk mempelam yang sedang diusahakan di lokasi lain.

Apa yang Merak Jalanan mahu cadangkan adalah supaya negeri lain turut mempatenkan hasil keluaran mempelam ‘harumanis’ di negeri masing-masing.

Mereka boleh namakan sebagai harumi manisnya, harumi manis kaw-kaw, mempelam harum ataupun mempelam manis harum bagi mengelakkan menggunakan nama eksklusif harumanis Perlis.

Merak Jalanan yakin, jika diusahakan dengan tekun, ditambah dengan penyelidikan yang mantap, siapa sangka kelak, mempelam ‘harumanis’ yang ditanam di Kedah, Kelantan dan Terengganu lebih sedap daripada harumanis yang ditanam di negeri Perlis.

Pekebun di negeri lain juga dapat menandingi 3,000 pengusaha harumanis di Perlis yang mengusahakan kawasan melebihi keluasan 150 hektar dengan tanaman itu.

Artikel Berkaitan:

Malah apa yang lebih penting, dengan kualiti yang sama, pembeli dapat menikmati Raja Mangga itu pada harga lebih rendah berbanding ketika ini sekitar RM30 sekilogram.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!