14 April bicara injuksi halang aktiviti pembalakan di Pos Simpor

Shahidani (kiri) berbincang sesuatu dengan beberapa peguam yang mewakili Kelantan ketika mengadiri sebutan semula kes saman Kerajaan Persekutuan terhadap kerajaan Kelantan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.
Shahidani (kiri) berbincang sesuatu dengan beberapa peguam yang mewakili Kelantan ketika mengadiri sebutan semula kes saman Kerajaan Persekutuan terhadap kerajaan Kelantan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 14 April depan untuk perbicaraan permohonan injunksi kes saman Kerajaan Persekutuan terhadap kerajaan negeri bagi menghalang lima syarikat kontraktor pembalakan; getah dan Musang King daripada memasuki kawasan didakwa tanah adat Orang Asli di Pos Simpor, Gua Musang.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat keputusan selepas kedua-dua pihak plaintif dan defendan bersetuju pada tarikh yang dicadangkan Peguam Persekutuan Kanan, Kamal Azira Hassan.

Kamal Azira mewakili Kerjaaan Persekutuan sebagai plaintif yang menamakan kerajaan Kelantan; Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan; Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan; M7 Plantation Berhad; KPG Maju Enterprise Sdn Bhd; Koperasi Kijang Mas Negeri Kelantan Berhad; Ringgit Saksama (M) Sdn Bhd dan Fleet Precision Sdn Bhd sebagai defendan pertama hingga kelapan.

Kamal Azira berkata, hari ini ditetapkan untuk mendengar permohonan Kerajaan Persekutuan selaku plaintif tunggal dalam saman itu bagi mendapatkan perintah injunksi terhadap defendan keempat hingga kelapan bagi menghalang mereka daripada memasuki lokasi yang didakwa tanah adat Orang Asli di pos berkenaan.

“Kerajaan Persekutuan memfailkan saman pada 14 Januari lalu beserta injunksi terdapat lima defenden tersebut dan mahkamah menetapkan tarikh 25 Februari depan untuk kesemua mereka (defendan) memfailkan afidavit hujahan.

“Pihak kami pula (Kerajaan Malaysia) perlu memfailkan avidafit balasan pada 11 Mac dan mahkamah juga menetapkan pengurasan kes pada 27 Mac depan bagi memastikan kesemua dokumen lengkap sebelum perbicaraan dimulakan,” katanya ketika dihubungi selepas prosiding di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, di sini, hari ini.

Sementara itu, Penasihat Undang-undang Kerajaan Kelantan, Datuk Shahidani Abdul Azizi berkata, defendan pertama hingga ketiga dalam kes saman terbabit iaitu, Kerajaan negeri, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri tidak tersenarai dalam permohonan injunksi yang dimohon plaintif, namun turut akan memfailkan afidavit hujahan.

“Defendan baharu saja menerima writ saman dan memerlukan sedikit masa untuk proses menyiapkan afidavit berkenaan sebelum plantif pula akan membuat afidavit balasan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!