Sultan Johor berkenan biaya kos baik pulih wad HSA

Kebakaran di Wad Perubatan Perempuan 1 di HSA, Johor Bahru petang semalam.
Kebakaran di Wad Perubatan Perempuan 1 di HSA, Johor Bahru petang semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah bahawa baginda berkenan membiayai kos membaik pulih Wad Perubatan Perempuan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru yang terbakar petang semalam.

Dalam muat naik di akaun Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim bertitah, baginda juga akan melantik kontraktor bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dapat dimulakan segera di mana kos pembaikan ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

"Saya mahukan Pengarah Jabatan Kerja Raya, Pengarah Kesihatan Johor serta Pengarah Bomba Johor bersama membincangkan segera pelan pembaikan yang akan dilakukan oleh kontraktor.

"Selalunya kos pembaikan jika dilakukan kerajaan akan mengambil sedikit masa kerana terdapat sistem yang perlu dilalui dan saya tidak salahkan kerajaan, oleh demikian saya mahukan kerja-kerja pembaikan dilakukan segera," titah baginda.

Kira- kira jam 3.08 petang semalam, sebuah blok menempatkan Wad Perubatan Perempuan 1 di HSA terbakar. Bagaimana pun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Pada 25 Oktober 2016, tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan HSA terbakar hingga mengakibatkan enam pesakit terdiri dari empat wanita dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat.

Kebakaran di Wad Perubatan Perempuan 1 di HSA, Johor Bahru petang semalam.
Kebakaran di Wad Perubatan Perempuan 1 di HSA, Johor Bahru petang semalam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!