Ajal rempuh pokok

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa tersepit dalam kejadian sebuah kereta merempuh pokok di Kampung Pecah Batu, Jalan Rawang di sini malam tadi.
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa tersepit dalam kejadian sebuah kereta merempuh pokok di Kampung Pecah Batu, Jalan Rawang di sini malam tadi.
A
A
A

BESTARI JAYA - Seorang lelaki maut manakala seorang penumpang cedera parah apabila kereta dinaiki terbabas sebelum merempuh pokok di Kampung Pecah Batu, Jalan Rawang di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya, Penolong Penguasa Bomba, Azrel Izaidi Ahamad berkata, mangsa, S Loginbeeran,18, meninggal dunia di tempat kejadian manakala A Ryan Shadrach,18, mengalami kecederaan parah.

"Pihak kami menerima panggilan pada jam 10.40 malam dan tiba di lokasi kejadian tiga minit selepas itu," katanya.

Beliau berkata, seramai tujuh pegawai dan anggota serta sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sejurus tiba, kami dapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Nissan Almeera yang melanggar pokok.

"Akibat kejadian itu, mangsa yang memandu kereta tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Beliau memberitahu, mangsa yang maut kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, sementara mangsa cedera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Keseluruhan operasi terbabit tamat pada jam 12.14 tengah malam tadi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!