Mayat kedua mangsa lemas Teluk Batik ditemui

Anggota bomba mengusung mayat mangsa selepas ditemukan terapung di celah batu di Pantai Teluk Batik hari ini. - Foto JBPM Perak.
Anggota bomba mengusung mayat mangsa selepas ditemukan terapung di celah batu di Pantai Teluk Batik hari ini. - Foto JBPM Perak.
A
A
A

LUMUT - Mayat kedua mangsa lemas di Pantai Teluk Batik di sini, ditemukan terapung di celah batu oleh pasukan penyelamat hari ini.

Mayat R Vigneis, 22, ditemui selepas lebih 20 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan sejak semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mangsa ditemui anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) kira-kira jam 2.20 petang.

“Mangsa dijumpai anggota di sektor C di celahan batu dalam keadaan terapung sejauh 50 meter dari pesisir pantai.

“Anggota menggunakan pengusung untuk memindahkan mangsa menaiki bot ke kawasan yang selamat,” katanya.

Mayat R Vigneis, 22, ditemui selepas lebih 20 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan sejak semalam. - Foto JBPM Perak
Mayat R Vigneis, 22, ditemui selepas lebih 20 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan sejak semalam. - Foto JBPM Perak

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 2.48 petang.

Operasi hari ini melibatkan 26 anggota terdiri daripada bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Sukarelawan (Rela).

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian sekitar jam 6 petang semalam, dua lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Teluk Batik di sini.

Bagaimanapun, salah seorang mangsa, S Emmanuel Raj, 21, ditemukan terapung kira-kira jam 6.55 petang sebelum disahkan meninggal dunia, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki lemas, rakan hilang ketika mandi laut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!