IWK tawar RM5,000 Peraduan Bayar dan Menang

Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK)
Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd menawarkan hadiah utama wang tunai sebanyak RM5,000 bagi menggantikan pakej percutian kepada pemenang Peraduan Bayar dan Menang.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat IWK, Wan Esuriyanti Wan Ahmad berkata, tahun sebelumnya, IWK menawarkan percutian ke luar negara, namun menukarkan hadiah dalam bentuk wang tunai kali ini selari dengan perkembangan semasa berikutan penularan koronavirus (Covid) dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurutnya, pertandingan tersebut melibatkan dua pusingan yang berlangsung pada 1 Mac hingga 31 Disember ini dengan pusingan pertama bermula pada 1 Mac hingga 30 Jun 2020, manakala pusingan kedua pada 1 Julai hingga 31 Disember 2020.

"Pelanggan boleh menyertai peraduan tersebut dengan menyelesaikan bil perkhidmatan pembetungan tertunggak sebelum tarikh tutup penyertaan dan mendaftar perkhidmatan e-bil IWK.

"Pada masa sama, 600 pelanggan bertuah yang membuat pendaftaran baharu bagi e-bil mulai 1 Julai hingga 31 Disember ini berpeluang menang baucar Tesco bernilai RM50 setiap satu," katanya dalam satu satu kenyataan.

Katanya, tawaran hadiah kepada pelanggan IWK merupakan salah satu inisiatif yang dilakukan untuk menggalakkan pelanggan turut sama menjaga alam sekitar dengan membayar bil IWK.

"Sebagai syarikat pembetungan nasional, kami bertanggungjawab menjaga alam sekitar dan sistem pembetungan awam.

"Kami juga berharap mendapat sokongan pelanggan (untuk membayar bil) kerana caj pembetungan IWK (dalam negara) adalah antara yang terendah di dunia," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kata beliau, IWK dalam usaha memberikan perkhidmatan yang cekap untuk pelanggan dan mempelbagaikan kemudahan pelanggan membayar bil.

"Baru-baru ini, kami bekerjasama dengan Razer Merchant Services untuk membolehkan pembayaran di semua kedai 7-Eleven dan Razer Pay.

"IWK turut menyediakan pelbagai cara pembayaran mudah melalui perbankan dalam talian, kaunter pembayaran dan e-wallet,” katanya.

Terdahulu, Peraduan Bayar dan Menang IWK mula dianjurkan pada 2018 sebagai salah satu kempen menggalakkan pembayaran bil perkhidmatan pembetungan dan pendaftaran e-bil selain menghargai pelanggan yang setia menyokong perkhidmatan IWK.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!