PNB lantik Ahmad Zulqarnain sebagai CEO baharu
Beliau akan menggantikan Abdul Jalil Abdul Rasheed yang meletak jawatan secara mengejut pada 15 Jun.
Sebelum ini, Ahmad Zulqarnain merupakan Timbalan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan mempunyai pengalaman lebih 23 tahun dalam sektor perkhidmatan kewangan dan korporat, menurut PNB dalam kenyataan hari ini.
“Berdasarkan semua keperluan yang telah ditetapkan, PNB telah menerima kesemua kelulusan yang diperlukan bagi pelantikan PGCE yang baharu, termasuk daripada Yayasan Pelaburan Bumiputra, Lembaga Pengarah PNB dan pihak badan kawal selia,” katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!