Peniaga didakwa ugut bunuh ibu

Muhammad Shaifulzaini tidak mengaku salah atas pertuduhan ugut bunuh ibu kandungnya di Mahkamah Majistret Melaka.
Muhammad Shaifulzaini tidak mengaku salah atas pertuduhan ugut bunuh ibu kandungnya di Mahkamah Majistret Melaka.
A
A
A

MELAKA - Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Melaka hari ini terhadap pertuduhan mengugut mahu membunuh ibu kandungnya, Khamis lalu.

Tertuduh, Muhammad Shaifulzaini Pazeli, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Mengikut pertuduhan, bapa tiga anak tersebut didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap Noor Jahan Beevi Abdul Jabar, 48, untuk mendatangkan ketakutan dengan cara mengeluarkan kata-kata mahu membunuh mangsa.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Tun Rahah, Ayer Keroh, di sini pada 7.30 malam, 25 Jun lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya dan jika ugutannya menyebabkan kematian atau cedera parah boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari mencadangkan tertuduh diberi jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan itu dikurangkan atas alasan dia perlu menanggung anak dan isteri.

Majistret, Muhammad Nazrin membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dengan syarat tertuduh tidak boleh mengganggu ibunya.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 13 Ogos depan untuk lantikan peguam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!