'Sesiapa sahaja boleh dilantik Speaker Dewan Rakyat'

Rasol
Rasol
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid menyifatkan tiada perkara yang luar biasa berhubung pelantikan mana-mana individu sebagai Speaker Dewan Rakyat baharu baharu.

Menurut Rosol yang juga merupakan Ketua Bersatu Bahagian Hulu Terengganu, mana-mana individu yang mempunyai latar belakang undang-undang selain memenuhi kriteria adalah layak untuk menjawat jawatan tersebut.

"Semua orang boleh (dilantik) sama ada calon terbabit adalah ahli Parlimen atau bukan. Bagi saya tiada masalah.

"Sekiranya Azhar (Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Azhar Azizan Harun) mahu dilantik sebagai Speaker dan itu yang dikehendaki oleh Presiden Bersatu (Tan Sri Muhyiddin Yassin) kita akan memberikan sokongan dan bersetuju dengan keputusan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Status Pengerusi SPR masih jadi tanda tanya

Perjelas cadangan Pengerusi SPR sebagai Speaker Parlimen baharu

"Namun, setakat ini kita masih belum mendapat maklumat rasmi mengenai sebarang pelantikan Speaker yang baharu kecuali menerusi media," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai Azhar yang dikatakan akan dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat baharu bagi menggantikan Mohamad Arif Md Yusof.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor, Isham Jalil hari ini menulis status terbuka di Facebooknya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di media sosial itu berkaitan perkara itu.

Isham menyuarakan rasa tidak selesanya dengan perkembangan itu kerana jika benar, ia adalah sesuatu cadangan yang janggal kerana Azhar adalah lantikan Dr Mahathir dan Pakatan Harapan (PH) dan didakwa sememangnya penyokong tegar PH.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!