Anwar dan 'PN Plus'
Awang rasa pelik keputusan Tun mantan Perdana Menteri itu macam belum ‘masak’ lagi. Ini ekoran reaksi orang dalam PH Plus sendiri.
Shafie kata beliau anggap itu penghormatan dan akan beri pertimbangan yang serius. DAP dan Amanah pula kata mereka perlu bincangkan hal itu pada peringkat tertinggi parti. Sedangkan Tun mantan Perdana Menteri berikan gambaran seolah-olah itu keputusan muktamad daripada PH Plus.
Pada waktu sama, Awang dapat gambarkan bagaimana kecewanya Anwar. Anwar pun bukan calang-calang orang. Tan Sri Perdana Menteri anak didik beliau sejak tahun 1993 lagi dengan Team Wawasan. Begitu juga Tuk Seri Zahid Hamidi, Presiden UMNO sekarang. Mereka semua orang kuat dia dulu. Jadi bila dia berjumpa Tuk Seri Hamzah Zainuddin yang dikatakan arkitek Langkah Sheraton tentulah banyak orang bertanya mengapa.
Kata Anwar dia bukan jenis berkonspirasi di belakang-belakang. Tapi pemimpin DAP dan Amanah anggap tindakan itu ‘tak berprinsip’.
Awang tak tahu ke mana hala tuju PH Plus pada masa ini. Dengan kenyataan Tun mantan Perdana Menteri tentang Shafie dan tindakan Anwar jumpa Hamzah, maka semakin tebal syak wasangka dalam PH Plus.
Politik tak ada kawan dan lawan yang kekal. Siapa sangka Tun mantan Perdana Menteri boleh bekerjasama semula selepas 20 tahun dengan Anwar? Siapa boleh sangka kelak Anwar akan jadi sebahagian ‘PN Plus’ pula. Apa salah dia berbaik semula dengan salah seorang daripada arkitek Langkah Sheraton, Tuk Seri Azmin Ali?
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!