Murid digalak bawa makanan sendiri

Dr Radzi Jidin
Dr Radzi Jidin
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Murid digalakkan membawa makanan sendiri bagi mengekalkan penjarakkan sosial susulan pembukaan semula sekolah bermula 15 Julai ini.

Bagaimanapun Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, kantin sekolah beroperasi sepenuhnya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Kita galakkan murid membawa makanan sendiri ke sekolah," katanya pada sidang media khas di sini hari ini.

Menurutnya, makanan di kantin perlu dibungkus sebelum dijual kepada murid.

"Ada pelbagai pendekatan berbeza diambil oleh sekolah bagi memastikan penjarakkan sosial seperti pre order makanan dan akan dihantar kepada murid di bilik darjah dan sebagainya.

"Prinsip asas, pengoperasian kantin, mesti ada penjarakkan sosial dan makanan perlu dibungkus," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai penggiliran guru sekiranya sekolah memilih Model Dua Sesi, beliau berkata, ia akan ditentukan pihak sekolah agar tidak timbul isu bebanan kerja apabila sekolah dibuka kelak.

"Dalam situasi itu, waktu kerja fleksibel boleh di laksanakan. Guru masih boleh mengajar untuk sesi pagi dan petang tanpa menambah waktu kerja guru," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohd Radzi menjelaskan, beliau yakin dengan kebijaksanaan pengurusan sekolah untuk menentukan penggiliran.

"Kita percaya sistem penggiliran ini akan dapat dilaksanakan dengan efektif dan efisien," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!