Pelarasan ICPT pastikan tarif telus, adil

 Amir Hamzah Azizan
Amir Hamzah Azizan
A
A
A

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyokong penuh keputusan kerajaan untuk melaraskan mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) untuk tempoh 1 Julai hingga 31 Disember ini.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pelaksanaan itu akan memastikan pengguna mendapat manfaat daripada harga elektrik yang telus dan adil.

"Kami menyokong keputusan untuk meneruskan ICPT, iaitu satu mekanisme yang begitu bermanfaat kepada industri elektrik sejak 2014 dan ia kekal relevan dalam persekitaran harga bahan api yang tidak menentu.

"Sebagai syarikat utiliti, TNB dikawal selia oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dan beroperasi dalam persekitaran yang terkawal, termasuk oleh mekanisme ICPT," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, seperti yang ditetapkan oleh keputusan ST menerusi ICPT, TNB akan memaparkan perubahan pada kos bahan api dan lain-lain kos penjanaan dalam tarif elektrik pada setiap enam bulan.

Terdahulu, ST hari ini mengumumkan pelanjutan ICPT untuk tempoh enam bulan yang berakhir 31 Disember 2020 dengan pengurangan ICPT daripada kadar surcaj 2.00 sen/kWh kepada 0.00 sen/kWh.

Sebagai badan pengawalselia industri tenaga negara, ST menentukan pengiraan dan metodologi ICPT untuk tempoh setiap enam bulan, bergantung kepada kelulusan Kerajaan.

Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata, pengurangan ICPT mencerminkan penurunan sebenar harga bahan api global untuk tempoh enam bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, untuk tempoh Januari hingga Jun 2020, kos bahan api menurun sejajar dengan kejatuhan harga bahan api sebenar di bawah penanda aras harga bahan api yang ditetapkan dalam tarif asas untuk Tempoh Kawal Selia 2 (RP2) bermula 2018 hingga 2020.

"Dalam kerangka industri yang dikawal selia, TNB sebagai syarikat utiliti utama terus komited untuk memastikan pelanggan kami mendapat bekalan elektrik yang stabil dan perkhidmatan pelanggan yang bertaraf dunia, serta kekal utuh dalam usaha menerangi kehidupan rakyat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!