PPS di Johor ditutup sepenuhnya
JOHOR BAHRU - Pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Menanti di daerah Muar ditutup pada jam 6.30 petang tadi.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, dengan penutupan PPS berkenaan, maka semua PPS di seluruh negeri ini ditutup sepenuhnya selepas beroperasi berikutan banjir yang berlaku sejak 20 Jun lalu.
"SK Seri Menanti menempatkan 35 mangsa daripada tiga keluarga pada sebelah tengah hari sebelum ditutup pada petang hari ini.
"Keseluruhan, banjir di negeri ini telah surut sepenuhnya dan semua PPS telah ditutup," katanya menerusi kenyataan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!