Buruh tak mengaku tunjuk 'anu'

Tertuduh mengaku tidak salah tunjuk kemaluannya kepada mangsa ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.
Tertuduh mengaku tidak salah tunjuk kemaluannya kepada mangsa ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana didakwa menunjukkan kemaluannya kepada seorang gadis.

Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Hafizan Ismail, 24, dari Kampung Paya, Marang, mengaku tidak bersalah atas dakwaan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan mangsa yang juga penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat mengaibkan kehormatan mangsa, 19, dengan sengaja menunjukkan kemaluannya agar dapat dilihat gadis itu.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh itu di dalam lif sebuah pangsapuri Kampung Tiong, di sini, kira-kira jam 5 petang, pada 14 Januari lalu.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan L Rathna di hadapan Majistret Nurul Huda Akmal Mohamed.

Sejurus pengakuan tidak salahnya direkodkan, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin sementara menetapkan 11 Febuari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini, Sinar Harian ada melaporkan tiga remaja perempuan berdepan detik menakutkan apabila diganggu seorang lelaki gila seks, dalam kejadian berasingan, di dalam lif sebuah pangsapuri di Kampung Tiong, di sini.

Artikel Berkaitan:

Suspek, yang dipercayai salah seorang pekerja kontrak di sekitar kawasan pangsapuri berkenaan bertindak mengganggu kesemua mangsa dengan menunjukkan kemaluannya semasa berada bersama-sama di dalam lif tersebut.

Bagaimanapun kejadian itu hanya dilaporkan kepada polis oleh salah seorang daripada mereka (mangsa) selepas bimbang keselamatan diri mereka pada masa akan datang selain terlalu takut dengan gangguan daripada lelaki gila seks itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!