Abdul Hadi pilu terkenang pengorbanan Ahmad Subky

Abdul Hadi memuat naik foto menunaikan solat jenazah ke atas Allahyarham Subky Abdul Latif di Facebook rasmi beliau petang tadi.
Abdul Hadi memuat naik foto menunaikan solat jenazah ke atas Allahyarham Subky Abdul Latif di Facebook rasmi beliau petang tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunaikan solat jenazah ke atas bekas Pengerusi Veteran Pas yang juga pengasas akhbar Harakah, Allahyarham Ahmad Subky Abdul Latif di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah di Taman Selasih, Batu Caves dekat sini hari ini.

Abdul Hadi memuat naik gambarnya bersama enam yang lain menunaikan solat jenazah di Facebook rasminya petang tadi.

Dalam entry tersebut, Abdul Hadi meluahkan rasa pilu di hati apabila mengenangkan Allahyarham Subky yang mengerahkan keringat sepanjang hayat untuk memperjuangkan Islam.

"Mudah-mudahan segala amalnya akan diberikan ganjaran yang sebaiknya oleh ALLAH," tulisnya.

Ahmad Subky Abdul Latif
Ahmad Subky Abdul Latif

Pada 23 Jun lalu, Ahmad Subki atau lebih dikenali Subky Abdul Latif meninggal dunia pada usia 80 tahun di kediamannya di Taman Karak Utama, Gombak pada jam 11.05 pagi akibat myelodyplastic syndrome (MDS) atau pre-leukemia iaitu sejenis penyakit berkaitan darah.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pada kira-kira 6 petang hari sama di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah di Taman Selasih.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!