Perkhidmatan perbankan BSN kini beroperasi seperti biasa

BSN
BSN
A
A
A

KUALA LUMPUR - Selepas empat hari mengalami masalah, pelanggan BSN akhirnya dapat menarik nafas lega apabila sistem perbankan bank itu yang merangkumi perkhidmatan di cawangan-cawangan, ATM dan perbankan internet telah kembali beroperasi seperti biasa.

Menurut Ketua Eksekutif BSN, Datuk Yunos Abd Ghani berkata, malah, pelanggan-pelanggan BSN telah pun boleh membuat transaksi perbankan mereka di ATM dan CDM bermula jam 9.00 malam, 21 Januari 2019.

“Kami sekali lagi memohon maaf dari semua pelanggan kami di atas kesulitan yang timbul dan kami amat menghargai kesabaran serta kerjasama pelanggan-pelanggan ketika keadaan sukar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 19 Januari lalu, sistem perbankan BSN yang membabitkan perkhidmatan kaunter di cawangan, ATM, CDM, MEPS, MyBSN dan Ejen Bank BSN (EB BSN) tergendala.

Masalah itu telah menyebabkan sebarang transaksi perbankan tidak dapat dilakukan buat masa itu.

Susulan itu, rata-rata pelanggan BSN meluahkan rasa tidak puas hati kerana telah menggangu urusan harian mereka untuk menggunakan perkhidmatan bank tersebut, malah Facebook rasmi BSN turut diserang oleh penggunanya.

[ARTIKEL BERKAITAN:Perkhidmatan ATM BSN kembali beroperasi]

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!