Jangan lalai walaupun kes Covid-19 rendah, kata PM

 Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak agar tidak alpa dan lalai dengan ancaman wabak koronavirus (Covid-19) berikutan trend penurunan jangkitan wabak itu sejak akhir-akhir ini.

Tegasnya, rakyat perlu berwaspada dengan mengambil langkah pencegahan serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan setiap masa.

"Ya, perkembangan positif ini sememangnya membuatkan kita sangat teruja dan bangga.

"Namun, jangan pula merasa terlalu selesa," katanya menerusi entri di Facebooknya hari ini.

Menurutnya, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang dilaksanakan, semua pihak kini merupakan barisan hadapan.

"Kita semua memikul tanggungjawab yang sangat berat untuk melindungi keluarga, komuniti dan negara daripada Covid-19," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menzahirkan ucapan tahniah kepada petugas barisan hadapan yang masih bertungkus-lumus memerangi Covid-19.

"Alhamdulillah, buat pertama kali semalam (kelmarin), negara kita mencatatkan kes harian Covid-19 terendah iaitu satu kes import dan tiada kes penularan tempatan.

Artikel Berkaitan:

"Syabas dan jutaan terima kasih kepada frontliners.

"Pada masa yang sama, saya juga berbangga dengan seluruh rakyat Malaysia atas kerjasama yang sangat baik dalam mematuhi SOP yang ditetapkan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!