Indonesia kaji semula pembebasan Abu Bakar Bashir

 Abu Bakar Bashir
Abu Bakar Bashir
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA. Pemerintah Indonesia sedang mengkaji semula keputusan untuk membebaskan Abu Bakar Bashir, yang didakwa dalang insiden pengeboman kelab malam di Bali pada tahun 2002.

Minggu lalu, Presiden Joko Widodo berkata Abu Bakar, 81, akan dibebaskan lebih awal atas dasar kemanusiaan.

Namun, Jakarta terpaksa meneliti semula keputusan tersebut selepas ia menerima kritikan dalam dan luar negara termasuk campur tangan Perdana Menteri Australia, Scott Morrison.

Pengeboman itu membunuh lebih daripada 200 orang, kebanyakan adalah warga negara Australia.

Abu Bakar, yang dianggap sebagai pemimpin kerohanian kumpulan Jemaah Islamiah (JI), didakwa di bawah undang-undang antikeganasan pada 2010 selepas dikaitkan dengan kem latihan militan di wilayah Aceh.

Beliau dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!