Ibu rindu anak hilang 12 tahun

Rokiah merayu anaknya pulang. Zaini hilang sejak 12 tahun lalu
Rokiah merayu anaknya pulang. Zaini hilang sejak 12 tahun lalu
A
A
A

KOTA BHARU - Sudah 12 tahun anaknya menghilangkan diri sehingga hatinya merintih mahu bertemu sebelum dia pejamkan mata buat selama-lamanya.

Sepanjang tempoh itu, Zaini Awang Seman, 34, langsung tidak pulang namun ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada sepupunya.

Pesan Zaini, jika dia tidak balik atau tiada khabar berita kemungkinan dia dalam bahaya dan meminta membuat laporan polis.

Kali terakhir, Zaini ditemui pada tahun 2007 ketika dia pulang ke Kampunh Lubuk Kuin, Ketereh dan bertemu anak saudaranya, Nurul Atikah Zahari, 27.

"Ketika itu Zaini menetap di Johor, itulah kali terakhir keluarga bertemu dengannya.

"Selepas dia menghantar SMS itu, keluarga cuba menghubunginya namun gagal.

Anak bongsu daripada lima beradik yang menghilangkan diri membuatkan ibunya, Siti Rokiah Awang, 70, hampir berputus asa menunggu kepulangannya.

Nurul Atikah berkata, ibu Zaini kini sudah uzur dan selalu minta mahu berjumpa anaknya.

Artikel Berkaitan:

"Dia kata takut tak sempat jumpa anaknya buat kali terakhir, dia dah uzur, sudah tidak banyak masa menunggu kepulangan anaknya itu," katanya.

Keluarga Zaini tidak membuat laporan polis kehilangannya itu namun jika sesiapa mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi ibunya 0 11-2073 4618.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!