Kenyataan Guan Eng berbaur politik: MB Pahang
KUANTAN - Kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung hutang Kerajaan Pahang disifatkan janggal dan berusurkan politik.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ini kerana kata-katanya yang disiarkan menerusi medium Twitter milik Kementerian Kewangan itu kelihatan amat pelik.
Menurutnya, tambahan pula medium Twitter itu turut menggunakan lambang kementerian pada sudut atas sebelah kirinya dan Kerajaan Persekutuan pada ‘Siaran Media’ tersebut.
“Kenyataan itu benar-benar berbaur politik... tajuk saja ada tanda soal padanya.. dan sepanjang saya terlibat dengan politik dan kedudukan saya dalam kerajaan negeri, belum pernah saya melihat kenyataan media daripada sebuah kerajaan, yang seumpama itu.
“Bukan saya sahaja yang berasa janggal pada kenyataan media seperti ini. Rupa-rupanya, ramai lagi yang mempertikaikannya, lalu boleh disifatkan sebagai satu lagi penyalahgunaan terhadap kemudahan rasmi kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berharap Guan Eng tidak terus bertindak sedemikian kerana PH sudah lapan bulan menjadi kerajaan.
“Sudah-sudahlah.. Bergelagatlah seperti seorang Menteri Kewangan yang sepatutnya," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!