Harga RON97, RON95 turun empat sen, diesel turun dua sen

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 turun masing-masing kepada RM1.95 dan RM1.65 seliter, manakala diesel turun kepada RM1.84 seliter.
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 turun masing-masing kepada RM1.95 dan RM1.65 seliter, manakala diesel turun kepada RM1.84 seliter.
A
A
A

SHAH ALAM - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 turun empat sen seliter, masing-masing kepada RM1.95 dan RM1.65 seliter berkuat kuasa tengah malam ini hingga 10 Julai.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini turut memaklumkan, harga runcit diesel turun sebanyak dua sen seliter kepada RM1.84.

"Penurunan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses (refined product) selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini," katanya.

Menurut kenyataan itu, pihak kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia termasuk mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!