Koreografer Bollywood Saroj Khan meninggal dunia

Koreografer Bollywood Saroj Khan meninggal dunia.
Koreografer Bollywood Saroj Khan meninggal dunia.
A
A
A

DUNIA hiburan Bollywood dikejutkan dengan berita kematian koreografer terkenal India, Saroj Khan yang dilapor meninggal dunia akibat serangan jantung hari ini.

Saroj Khan, 71, menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di bandar Mumbai, lapor The Times of India.

Mendiang yang dimasukkan ke hospital bulan lalu selepas mengadu sesak nafas bagaimanapun disahkan negatif jangkitan wabak Covid-19.

Anak saudaranya, Manish Jagwani memaklumkan berita sedih itu kepada media tempatan bahawa Saroj meninggal dunia akibat serangan jantung.

Saroj yang berkecimpung dalam bidang tarian filem melakarkan perjalanan karier sekitar tahun 1980 dan berjaya mengarah 2,000 koreografer lagu.

Wanita yang lebih mesra dipanggil 'Masterji' itu membuktikan kebijaksanaan rekaan tariannya terus dikenali selepas kolaborasi bersama bintang filem terkemuka Sridevi Kappor dan Madhuri Dixit.

Antaranya filem yang menggunakan khidmatnya, seperti Taal, Don, Devdas, Dilwale Dulhania Le Jayenge, Baazigar, dan yang terbaru pada tahun lepas, Kalank.

Saroj yang berkahwin dengan pengarah tarian, B Sohanlal itu menjadi penari tambahan dan muncul dalam pelbagai filem sekitar tahun 1950.

Artikel Berkaitan:

Kariernya terus berkembang dan menjadi pembantu koreografer sehingga tahun 1974 sebelum mengarah tarian pertamanya dalam filem Geeta Mera Naam.

Dalam pada itu, pemergian mendiang terus diratapi artis Bollywood seperti, Akshay Kumar, Mahesh Babu, dan Rakul Singh.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!