Dua maut dalam letupan kilang bunga api di Turki

Letupan berterusan menyukarkan usaha mengawal kebakaran.
Letupan berterusan menyukarkan usaha mengawal kebakaran.
A
A
A

ANKARA - Sekurang-kurangnya dua orang terkorban dan 73 cedera dalam insiden letupan di sebuah kilang bunga api di Sakarya, Turki hari ini.

Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca menerusi satu ciapan di Twitter berkata, letupan berlaku kira-kira jam 11 pagi (waktu tempatan).

"Anggota bomba dan ambulans telah dikejarkan ke kilang tersebut tetapi letupan berterusan menyukarkan usaha mengawal kebakaran," katanya.

Difahamkan terdapat sekurang-kurangnya 150 orang pekerja berada di dalam kilang tersebut semasa letupan berlaku. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!