Post mortem PRK DUN Chini penting untuk PN

TUAN IBRAHIM
TUAN IBRAHIM
A
A
A

ALOR SETAR - Post mortem Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini penting untuk Perikatan Nasional (PN), walaupun ia melibatkan calon daripada Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sama ada kemenangan berpihak kepada kerajaan atau pembangkang, post mortem penting untuk melakukan penambahbaikan oleh mana-mana parti bertanding.

Menurutnya, Pas memberi komitmen tidak berbelah bahagi walaupun calon berkenaan adalah daripada BN.

“Sama ada PN menang atau tewas, post mortem boleh dijadikan panduan bagi mengatasi kekurangan dan kelemahan sebelum ini. Saya turut berpuas hati dengan kerjasama baik antara Pas dan UMNO sepanjang berkempen, seolah-olah Pas yang bertanding. Inilah komitmen kami di bawah Muafakat Nasional,” katanya.

PRK DUN Chini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Sharim Md Zain (BN) ditentang dua calon Bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli.

PRK DUN Chini diadakan ekoran penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun (BN) yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 7 Mei lalu akibat serangan jantung.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!