Landasan digital negara

Menjadi tanggungjawab institusi seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk memastikan kawalan dan tadbir urus yang baik terhadap infrastruktur ‘landasan kereta api’ digital ini.
Menjadi tanggungjawab institusi seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk memastikan kawalan dan tadbir urus yang baik terhadap infrastruktur ‘landasan kereta api’ digital ini.
A
A
A

KARAKTER kegemaran saya dalam cerita Butch Cassidy and the Sundance Kid bukannya Butch atau Sundance tetapi karakter Woodcock yang setia kepada EH Harriman daripada Union Pacific Railroad - sebuah syarikat yang berulang kali menjadi sasaran pemberontak Wild West.

Ternyata Woodcock mengetahui niat Mr Harriman, ketika awal Zaman Perindustrian, sesiapa yang menguasai landasan kereta api akan menguasai laluan perdagangan dan terdapat banyak faedah ekonomi yang akan diperolehnya.

Hari ini, ketika kita sedang memasuki era digital, landasan kereta api yang dinyatakan di atas adalah rangkaian jaringan yang menghubungkan ke semua pembekal dan pengguna barangan serta perkhidmatan dan pepatah di atas sekali lagi digunakan sesiapa sahaja yang menguasai jaringan tersebut, akan menguasai perdagangan global.

Ia bukan perkara yang kecil, yang membuatkan Amerika Syarikat dan China saling bertikam lidah dalam perlumbaan menuju ke arah dominasi 5G iaitu satu landasan atau jaringan yang besar, cukup untuk menjadikan landasan kereta api nampak seperti laluan kaki lima.

Perkara yang sedang kita saksikan ini adalah permulaan kepada pertengkaran yang sengit pemilikan ke atas rangkaian jaringan digital, di mana manusia dan produk akan saling berkait. Sama seperti landasan kereta api, sangat penting bagi pengguna untuk sampai ke destinasi dengan mudah dan murah.

Ini bermakna kawalan terhadap suis yang mengawal infrastruktur digital membolehkan akses kepada ramai pihak - perlu berinteraksi dalam satu ekosistem digital yang menyeluruh di Malaysia.

Bagi negara seperti Malaysia, dengan sumber dan saiz yang terhad, kita mungkin tidak dapat bersaing dalam pemilikan rangkaian jaringan digital global, namun kita harus bertekad untuk mengawal rangkaian ini agar mereka ‘saling kendali’.

Kepentingan dalam isu ini tidak kurang pentingnya dengan kedaulatan digital negara. Dalam pengurusan transformasi digital Malaysia, ia menjadi tanggungjawab institusi seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk memastikan kawalan dan tadbir urus yang baik terhadap infrastruktur ‘landasan kereta api’ digital ini.

Artikel Berkaitan:

Hab rangkaian digital akan muncul sebagai teras asas kepada infrastruktur digital bagi setiap negara, mewujudkan laluan untuk ‘saling kendali’ antara barangan dan perkhidmatan yang melaluinya.

Semakin besar ‘saling kendali’ yang ditawarkan oleh hab nasional ini kepada pengguna, semakin besar aliran lalu lintas sosial dan komersial. Malah, potensi untuk meningkatkan jaringan digital dengan cepat memerlukan pengawasan yang ketat oleh pihak berkuasa agar manfaat ekonomi dapat diagihkan secara sekata di seluruh lapisan masyarakat - inisiatif yang boleh kita labelkan sebagai Malaysia 5.0.

Saya melihat peranan MDEC sebagai pengatur aliran lalu lintas dengan bantuan teknologi sandboxes, yang membolehkan mereka yang terlibat dapat menguji ketahanan dan keberkesanan serta memastikan semua dapat berjalan dengan lancar.

Zaman Perindustrian melahirkan jutawan swasta pertama di dunia, Robber Barons, ketika mereka mula dikenali dengan beberapa nama yang biasa kita dengar pada hari ini iaitu Astor, Carnegie dan Rockefeller.

Namun nama-nama yang bakal kita kenali adalah milik ER Harriman pada masa kini, orang yang akan membina, memiliki dan mengendali landasan digital untuk masa hadapan.

* Dr Rais Hussin ialah Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!