Narendra Modi bangga ramai pemimpin dunia dari India
UTTAR PRADESH - INDIA. Perdana Menteri India, Narendra Modi menzahirkan rasa bangga kerana kebanyakan pemimpin negara yang berwibawa berakar dari India.
Katanya, meskipun telah berhijrah dan menetap di negara-negara lain di dunia namun, warga asal India telah menunjukkan potensi besar dalam kepimpinan di hampir setiap lapisan masyarakat.
"Anda semua yang telah menetap negara-negara lain, namun telah membuktikan kejayaan dalam kepimpinan kepimpinan di setiap lapisan masyarakat.
"Sebagai contoh Perdana Menteri Mauritius, Pravind Jugnauth telah membuktikannya.
"Di samping itu, banyak lagi negara lain seperti Portugal, Trinidad-Tobago dan Ireland juga mendapat kepimpinan orang yang berwibawa yang akarnya di India," katanya ketika berucap dalam Persidangan Pravasi Bhartiya Divas ke- 15 yang berlangsung di Parlimen yang diwakilinya, Varanasi, hari ini.
Seramai 433 delegasi Malaysia menghadiri Persidangan Bharatiya Divas kali ke-15 termasuk wakil kerajaan dan pembangkang
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!