Selipar jepun, air kosong jadi mas kahwin

Helmi (kanan) bersama suaminya, Yudi sebaik majlis akad nikah selesai. - Foto Kompas
Helmi (kanan) bersama suaminya, Yudi sebaik majlis akad nikah selesai. - Foto Kompas
A
A
A

LOMBOK - Sepasang suami isteri dari Lombok Tengah, Indonesia, dapat perhatian ramai di media sosial gara-gara mas kahwin hanya sepasang selipar jepun dan sebekas air kosong.

Mereka ialah Yudi Anggata, 24, iaitu pengantin lelaki dari kampung Braim dan Helmi, 20, pengantin perempuan dari kampung Desa Jurit, Lombok Tengah, lapor Kompas.

Menerusi rakaman video yang tular di Facebook, pengantin lelaki menjadi tumpuan di media sosial kerana mas kahwinnya sangat sederhana.

Helmi seorang model yang cantik mengahwini Yudi pada 3 Julai lalu.

Dalam video tersebut, Yudi mengulangi ijab kabul beberapa kali kerana gugup.

Menurut Helmi, mas kahwin itu atas permintaannya kerana tidak mahu membebankan pihak lelaki.

"Benar, saya tak mahu menyusahkan suami dan keluarga. Jadi hanya meminta selipar jepun dan sebekas air kosong.

"Sebaik majlis akad nikah selesai, saya minum air tersebut dan selipar itu akan disimpan. Saya juga akan tunjukkan kepada anak nanti," katanya.

Artikel Berkaitan:

Helmi juga menolak dakwaan sesetengah pihak mengenai selipar dikatakan mempunyai nilai sentimental buat mereka sebaliknya dia memberitahu, tiada sebarang maksud tetapi sekadar untuk dikenang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!