Pemimpin perlu jadi guru kepada anak muda

Mohd Irwan Rizal
Mohd Irwan Rizal
A
A
A

SHAH ALAM - Kepimpinan UMNO serta kerajaan sedia ada dicabar untuk membuka ruang yang lebih luas kepada anak muda untuk terlibat dengan pembangunan, politik dan ekonomi negara.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah berkata, dalam hal itu pemimpin perlu berperanan sebagai guru bukannya menjadi batu penghalang.

"Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan harus memainkan peranan dan mempengaruhi barisan kepimpinan sedia ada dalam memastikan golongan muda sebagai generasi pelapis diberi ruang dan peluang seluas-luasnya dalam sfera pembangunan, politik dan ekonomi negara.

"Realitinya golongan muda sudah pasti mahu terlibat secara langsung dan lebih aktif di pelbagai peringkat terutama sekali lagi dalam pembangunan negara.

"Namun ia perlu seiring dengan hasrat kepimpinan tertinggi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Mohamad yang mahu generasi lama memberi kerjasama membantu golongan muda bagi mencorakkan masa depan negara.

Tambah Mohd Irwan, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu juga harus meyakinkan kepimpinan parti dan juga kerajaan berkenaan isu tersebut bagi membuktikan keikhlasan kepimpinan berkenaan pembangunan negara dan golongan muda.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!