Malaysia harap India beli minyak sawit negara
UTTAR PRADESH - INDIA. Ahli Parlimen Padang Serai, M Karupaiya berharap Kerajaan India tidak meminggirkan Malaysia dalam aspek kemajuan ekonomi.
Katanya, memandangkan China tidak lagi membantu Malaysia dalam sektor pengimportan minyak kelapa sawit, India perlu lebih berperanan membantu Malaysia supaya kedua-dua negara lebih berkerjasama.
"Kita tahu India sedang menuju India Baharu, begitu juga dengan kita Malaysia Baharu.
"Kita berharap Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Tun Dr Mahathir Mohamad dapat mengadakan perbincangan dan perancangan berkenaan industri kelapa sawit dalam masa terdekat," katanya yang menghadiri Persidangan Pravasi Bhartiya Divas ke- 15 yang berlangsung di Parlimen yang diwakilinya, Varanasi, hari ini.
Tambahnya, jika Modi berbangga dengan kepimpinan pemimpin India di negara-negara lain jadi perlulah membantu sektor industri di Malaysia terutamanya produk kelapa sawit.
"Kita boleh saling membantu memajukan ekonomi antara dua negara, India beli kelapa sawit dan Malaysia akan mengimport produk keluaran India.
"Import dan eksport ini dapat membantu menstabilkan ekonomi Malaysia dan India," katanya.
Seramai 433 delegasi Malaysia menghadiri Persidangan Bharatiya Divas kali ke-15 termasuk wakil kerajaan dan pembangkang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!